top of page

Tokoh-tokoh Astronomi

  • izzudin98generatio
  • Apr 27, 2016
  • 4 min read

IBN HAITHAM Nama sebenar : Abu Ali Muhammad Al -Hassan Ibn Al-Haitham. Dikenali Sebagai :Alhazen dalam kalangan cerdik pandai barat. Dilahirkan di :Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi.Beliau memulakan Pendidikan awal :Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Antara buku karyanya termasuk:

1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;

2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;

3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;

4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;

5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam

urusan hukum syarak dan

6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

AL-KHAWARIZMI

Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi Dikenali sebagai : Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Dilahirkan di : Bukhara Zaman kegemilangan : 780-850M Tarikh wafat : Antara tahun 220 dan 230M

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam

penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripada merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

menghasilkan Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.

  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.

  5. Al-Amal bi’ Usturlab’

  6. Al-Tarikh

  7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

AL-FARGHANI Nama sebenar : Abu'l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani Tempat lahir : Farghana Sumbangan Al-Farghani telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap.Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal.Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan.Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama).Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia. Karya-karya mengenai Al-FArghani The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani: (1) “The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest” (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) “Book on the Construction of Sun-dials” (Kitab ‘Amal al-Rukhamat). The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Abd al-Aziz al-Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi menulis dalam ruangan komentarnya mengenai Al-Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah karya terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke-12. Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan versi ketiga Latin, diterbitkan pada tahun 1590. Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama-sama karya asli Arab pada tahun 1669. Semua karya-karya itu adalah mengenai pencapaian Al-Farghani walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama. [if !supportLineBreakNewLine]

ABU RAIHAN AL-BIRUNI Tarikh lahir : 15 September 973 Tarikh Kematian : 13 Disember 1048 Tempat Lahir : Khwarazm (kini Uzbekistan) Al-biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur.Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan ibn Sina,pakar sejarah,pakar falsafah dan pakar ethicist ibn Miskawayh di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh Abu Al Abbas Ma'mun khawarazmshah.al-biruni mengembara ke India bersama Mahmud dari Ghazni. Pencapaian Ketika berusia 17 tahun,dia mengira latitud bagi Kath,Khwarazm dengan menggunakan altitud maksima matahari.Pada umur 22 tahun pula,dia menulis beberapa hasil kerja kerja ringkas termasuk kajian unjuran pemetaan (map projection),Kartografi,yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik.ketika berusia 27 tahun pula,beliau menulis buku bertajuk Kronologi yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe,satu berkenaan sistem perpuluhan,empat buku berkenaan astrologi dan dua berkenaan sejarah. Hasil karya beliau mencecah melibihi 120 buah kitab.

[endif]


 
 
 

Comentarios


Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
  • Google+ - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
Recent Posts

© 2023 by Biz Trends. Proudly created with Wix.com

bottom of page